Apr 16, 2014

Break off

Jemari saling mengetuk sesama sendiri. senyum tak bergula dilepaskan. mata jatuh memandang meja bulat dihadapan. senyum lagi. walhal dalam hati jantung bermain rentak yang agak kuat. T-Shirt Popsoda dibetulkan sedikit apabila terasa senget naik ke atas akibat terlalu lama bersandar dibangku. 

"You heard that right? and you understand?"

keningku bertaut rapat. angguk perlahan sambil tersengih.

"and you never feeling upset?

lagi kepalaku mengeleng. "untuk apa?" padahal tu permintaan kau bukan permintaan aku. sambungku  dalam hati.

"i'm glad to heard that," puas. suaranya seakan terlalu puas. dia memandangku dengan senyuman. tapi senyumannya penuh bergula. sedangkan aku pahit rasanya.

"kaylah, i got to go." dia bangun. "I bayar untuk ni," tunjuknya ke arah makanan di atas meja. 

mataku juling kelangit. "sure, I pun nak blah gak, I have my date." senyum dipinggir bibir dilebarkan. dia membahas I, you dan aku pun boleh juga walaupun rasa loya kat tekak.


"whos?" jelas wajahnya riak terkejut. senyumku aku simpan. hanya kening terangkat bertanya why? dah break off buat cara break. baru dia tahu, aku siapa dia siapa.

"non your business," langkahku terus maju meninggalkannya dibelakang. laungan darinya langsung tidak ku hirau. akhirnya tawaku meletus. padan muka. 



===

laju kaki menghayun turun dari tangga. senyum segaris kepada mereka yang lalu bersebelahan. tak sempat nak tegur. tangan kanan diangkat tanda menyapa. kaki melangkah laju ke arah hadapan.

langkahku pegun. senyum sebaris terluah dari bibir. kaki perlahan bergerak ke arah foodcourt. 

"ehem," dehemku sedikit kuat. perasan meja sebelah juga turut memandang ke arahku. ada aku kisah!

"da...ni...," tuturnya tersekat. pautan dilengan dilepaskan agak laju. 

keningku terangkat.

"errr... ni kawan I" sambungnya lagi dengan muka bersalah. bersalah ke? ye kut, sebab waktu ini macam takut-takut.

aku gelak, chill... "kenapa?" perlu ke kenalkan kawannya kat aku?

"errr..." lagi gagap dirinya.

dan aku terus berlalu dan melabuh punggungku di meja sedikit hadapan. Taq, E_1, tengah memesan makanan. 

perasan ada mata-mata yang memandang. muka blurr ditayang sehabis mungkin.

====

"we need to talk," dia berpeluk tubuh. wajahnya kelihatan lain.

pelik, memang pelik. sebulan tetiba muncul. wajahku diselambakan sebaik mungkin. "nak cakap apa?" gumamku perlahan.

"ours" sepatah.

g.i.l.a. tu yang dapat aku katakan. "we just finished." mudah jawapan yang kuberi. mata memerhati keliling.

"please... sekejap pun boleh la." tangannya diangkat seperti merafak sembah. 

aku hanya kaku. huh, tak faham bahasa betul. "nak cakap, cakap lah cepat." sedikit tegas suaraku. 

"jom kapel balik." dan aku terus sambil ketawa berlalu sehabis ayat yang ditutur olehnya.

Hello 2023