Jan 22, 2013

Resepi~~ Kek Coklat Milo Kukus






Bahan-bahan:
1 cawan serbuk coklat/koko/milo 
1 cawan gula pasir / gula perang)
1 cawan marjerin cair 
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (dipukul)

Cara-cara:
1. Campur serbuk coklat@milo@koko, gula pasir,susu dan margerin dalam periuk.
2. Panaskan di atas api, kacau sebati sampai gula larut (tapi jangan sampai gula hangus!)
3. Angkat dan sejukkan. (bukan masuk dalam peti sejuk ok,just biar je dulu)
4. Sementara tu, campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran tu ke dalam tepung,aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam acuan@loyang-sapu marjerin terlib dahulu supaya xmelekat atau alas guna kertas minyak. Tutupkan bahagian atas dengan aluminium dan kukus selama sejam.

~~ buat la ya? dini suka buat kek. tapi kalau nak masak lauk, memang dini fail! muahahha...

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023