Jan 21, 2013

cerpen : Mak pergi tinggalkan kami



16 Januari  2012, Isnin 9’00 p.m
Penatnya diari. Hari ni aku dah mula start bekerja kilang kat bandar tu. Naik lenguh aku rasa. Baru aku tahu penangan untuk mencari rezeki yang halal ni. Aku dilantik sebagai operator machines kat situ. Kira aku ni pangkat tinggi la sikit. Pekerja bawah aku kebanyakan mat bangla dan indon.
Seharian kat kilang memang memenatkan. Kau tahu diari? Semua pekerja tak suka kat aku. sebab? Sebab aku muda. Lebih lagi dengan umur aku yang baru 21 tahun. Bila aku bertegur sapa dengan diorang. Pasti diorang akan mengelak jumpa aku. aku sendiri buntu.
Balik sahaja kat rumah, aku cerita kat mak. Mak cakap, biasa lah, adab bekerja. Memang begitu. Man kena sabar. Aku mengeluh. Mak marah. Bukan apa. Mak cakap, mengeluh tu tandanya tak bersyukur pada Tuhan. Last-last aku diam jer.
Mak, aku tengok asyik dok menganyam tikar mengkuang. Mak memang handal bab buat tikar mengkuang ni. Ramai orang yang datang tempah tikar dengan mak. Semua puji akan kehalusan tangan mak menganyam tikar. Aku sebagai anak, turut merasa bangga.
Okeylah diari, aku mengantuk ni. Esok nak mula hari kedua kat kilang. Nanti aku update cerita baru ya! Selamat malam.

25 Januari 2012, Rabu 9’45 p.m
            Sedih la aku diari. Hari ni bos marah kat aku. Katanya banyak kerosakan yang berlaku kat kilang. Semua orang gelakkan aku. Ada yang tersenyum sinis memandang aku. Aku tahu. Aku kena sabotaj oleh orang bawahan aku. Sedih aku rasa hari ni. Mood nak kerja pun hilang.
            Hari ni, aku tak bagitahu cerita kat kilang pada mak. Aku tak nak mak risau. Aku tengok mak masih lagi khusyuk menganyam tikar. Sesekali mak sambung balik menganyam tikar waktu malam. Aku sendiri hairan dengan perlakuan mak.
            Mak selalu akan tidur jam 10 malam. Tapi dah seminggu aku tengok mak dok asyik menganyam tikarnya. Bila aku tanya bila costumer nak. Mak cakap, lambat lagi. bulan depan katanya.
Mak sejak dua menjak ni memang dah banyak berubah. Bukan mak jahat okey! Mak tu. Terlalu sibuk dengan tikar mengkuangya. Mak buat terlalu berhati-hati. Adakalanya mak akan robek balik jika tikar tu tak menepati citarasanya.
Aku duduk depan mak. Mak memandang aku. bibirnya mengoyak seyuman manis. Wajah tua mak, aku pandang lama. Rasa nak menangis pun ada. Wajah mak dah banyak berubah. Kedut sana sini. Aku... aku takut jika mak tinggalkan aku la diari.
Abah dah dua tahun meninggal dunia. Masa tu aku tengah final exam kat UiTM. Patutlah hari tu hati aku rasa tak tenteram jer nak jawab soalan. Rupanya abah dah pergi menghadap Ilahi. Seminggu sebelum abah mati banyak yang abah pesan kat aku.
“Man, bila abah dah tak da nanti. Man jaga mak dan adik-adik baik-baik ya. Abah serahkan tanggungjawab ni kepada Man. Man kena jaga adik-adik. Janji dengan abah yang Man akan belajar sungguh-sungguh dan kejar cita-cita Man.
Abah nak anak abah berjaya. Bila dah berjaya nanti, jangan lupa keluarga ya Man? Ingat mak yang melahirkan Man dan adik-adik. Man kena tanggung kehidupan mak dan adik-adik lepas ni. Ajar adik-adik sampai berjaya macam Man. Abah nanti dah tak ada. Satu ja yang abah minta dari Man. Doakan abah dan ajar adik-adik doakan abah. Moga abah kat sana tenang.
Kita ni orang miskin Man. Nanti bila abah dah pergi, jangan Man jadi pengemis. Abah tak suka. Sebab tu abah nak Man kejar cita-cita Man. Man kena ingat ya! Abah sayang anak-anak abah. Pasal duit belanja, Man jangan risau. Abah ada sikit simpanan kat bank tu. Cukuplah untuk tampung pebelanjaan Man kat UiTM.”
Abah terus memeluk aku. bahuku diusap lembut. Abah sanggup menyimpan duit dengan hasil titik peluhnya berkebun. Mak yang keluar dari dapur masa tu hanya tersenyum. Masa tu diari, aku nak nangis. Tapi aku takut nak nangis. Nanti abah marah. Abah selalu cakap orang lelaki tak boleh menangis. Aku tahan jer. Dalam bilik air mata jantan aku keluar juga.
Tapi diari, malam ni aku nangis. Kau tengok, banyak air mata aku mengalir. Aku tak boleh kenang wasiat abah. Aku jadi sedih. Abah selalu buat aku sedih. Kata-kata abah selalu buat hidup aku jadi berguna. Aku takut diari. Takut jika aku tidak boleh memenuhi impian abah.
Aku nak out dulu la diari. Mata aku dah sembab ni. Gambar abah aku tengah peluk. Kau tahu diari. Aku sangat-sangat rindukan abah. Aku tahu, mak lebih lagi rindukan abah!

2 Februari 2012, Khamis 1’00 a.m
            Pagi tadi diari. Aku berlari-lari masuk ke dalam rumah. Bibirku tidak luak dek senyuman. Surat ditangan aku genggam kemas. Aku mencari mak. Aku nak bagitahu berita gembira pada mak. Aku tengok mak sedang mengopek bawang di dapur. Aku berlari mendapatkan mak.
            Aku peluk mak erat. Pipi mak aku cium berkali-kali.
            Mak gembira bila aku bagitau yang aku dapat tawaran bekerja di syarikat seni bina di KL. Bibir mak tak sudah-sudah mengucap kalimah Tuhan. Pipiku mak cium. Lama. Entah kenapa aku rasa lain sekali.
            Malam ni mak buat keduri doa selamat dan solat hajat. Orang surau mak jemput. Tikar mengkuang yang mak buat tu dah siap. Aku nak hampar kat ruang tamu. Tapi mak tegah. Aku tanya kenapa. Mak cakap tak payah la. Guna tikar yang mak beli hari tu.
            Orang surau tak habis mengucap tahniah kepadaku. Mak sesekali tersenyum kepadaku. Aku pasti mak mungkin gembira. Sebab hajat abah dah berjaya di tunaikan. Cakap pasal abah, mak juga buat doa tahlil. Masa tu hati aku sedih. Aku tahan juga. Rindu abah sangat-sangat diari. Kalau boleh, aku nak abah ada tengok aku berjaya.
            Adik-adikku juga gembira malam ni. Walaupun abah dah tiada, adik-adik aku tetap bahagia. Pernah ada orang nak ambil adik aku jadi anak angkat. Mak bangkang keras. Mak kata mak boleh lagi jaga adik-adik.
            Aku juga tidak sanggup berpisah dengan adik-adik. Aku akan cuba makbulkan wasiat abah untuk menjaga adik-adik. Kau jadi saksi aku ya diari?

6 Februari 2012, Isnin 9’00 p.m
            Hari ni mak batuk-batuk. Bila aku tanya, mak cakap tak ada apa la. Mak okey jer. Lepas tu aku tengok muka mak berkerut-kerut bila dia menahan batuk. Hati aku dah dipagut risau. Dah beberapa hari mak asyik batuk. Aku ajak pergi hospital, mak bantah. Katanya banyak yang perlu dikeluarkan duit. Demi mak, duit aku tak kisah walaupun terpaksa berhabis. Janji mak sihat.
            Mak terlalu pentingkan wang dari mengubat batuknya. Mak, Man tahu kita susah. Duit boleh di cari mak. Tapi, demi kesihatan mak, Man sanggup buat apa sahaja.
Mak, mak! Memang degil!
            Aku lihat mak sedang duduk di atas pangkin. Seperti mak sedang mengelamun. Aku mapir kepada mak. Aku melabuh punggung di sisi mak. Mataku juga tidak berkalih memandang adik-adikku yang masih kecil sedang bermain sesama mereka. Bibirku mengoyak senyuman.
            Aku tegur mak. Mak pandang aku. bibirnya tersenyum nipis. Mak membetulkan tarbus yang dipakai. Jelas menampakkan rambut mak yang kini sudah memutih.
            Mak tanya, semua kelengkapan nak ke KL dah siap ke? Aku mengangguk. Mak tanya lagi ada apa-apa yang  perlu di tambah? Aku mengeleng. Cukuplah semua mak. Man tak nak susahkan mak.
            Mak berdiri untuk masuk ke rumah. Jam pun dah menunjukkan pukul 7 petang. Adik-adikku masih lagi leka bermain. Kedengaran suara mak supaya menyuruh adik-adik masuk ke rumah.
Mak, mak... dialah abah dialah ibu kitorang.

12 Februari 2012, Ahad 10’p.m
            Aku memeluk mak erat. Hati aku berbolak balik untuk meninggalkan mak dan adik-adik kat kampung. Dengan kesihatan mak yang makin bertambah buruk lagi manakutkan jiwa lelakiku untuk meninggalkan rumah.
            Adik-adikku yang lain menyalami tanganku. Bunyi hon kereta menandakan Pak  Abbas sudah sampai untuk menghantarku ke stesen bas. Esok aku akan memulakan kerja sebagai arkitek di KL. Untuk sementara waktu aku tinggal bersama Pak Lang dan Mak Lang di sana. Dapat gaji bulan, aku akan cari rumah sewa.
            Aku menyalami tangan mak. Tangan yang penuh kedut itu aku genggam kemas. Hatiku rasa sudah tidak tertahan. Tidak sanggup meninggalkan mak! Aku pandang mata mak. Mata mak sudah berkaca biarpun bibirnya tetap menguntum senyuman.
            Pukul 8 malam tadi aku sampai di KL. Wajah Pak Lang dan Mak Lang tersembul di celah orang ramai. Aku menghampiri mereka. Banyak yang kami bualkan.
            Hati aku masih lagi risaukan mak dan adik-adik di kampung.
            Aku janji, aku akan membeli sebuah telefon supaya mudah untuk aku bertanya khabar mak di sana.
            Malam ni, aku tidur tanpa mak diari. Aku rindu mak!

13 Februari 2012, Isnin 11’00 p.m
            Hari pertama aku bekerja di sini. Tak sangka syarikat ni milik seorang yang berpangkat Dato’. Layanan Dato agak baik. Tidak menyombong macam dalam kebanyakan cerita yang aku lihat dalam kaca televisyen.
Setelah di perkenalkan diri. Aku di bawa masuk ke satu bilik. Bilik untuk aku. Luas dan cantik.
Petang tu, aku keluar ke pusat beli belah. Tanpa sengaja aku terlanggar sorang ‘minah’ ni. Habis dia sembur aku depan orang ramai. Harap jer muka cantik, pakaian dia? masyaAllah. Seksi gila. Naik merah muka aku menahan malu. Lepas tu dia blah macam tu jer. Malu aku diari! Semua dok soksek- soksek
Orang ramai yang melihat drama tadi sudah aku tidak peduli. Langkahku maju ke kedai alat telekomunikasi untuk membeli handfon khas untuk kat kampung. Duit gaji masa aku kerja di kilang dulu. Kalau aku cakap aku beli guna duit gaji kat mak, mesti mak marah diari.
Petang tu jugak aku pos sekali dengan simcard. Tak sabar nak tunggu ia sampai. Boleh la aku bergayut lama dengan mak. Mak tunggu ya!

20 Mac 2012, Selasa 10’00 a.m
Pagi ni terasa sangat bersemangat sekali. Semalam lama sungguh aku bercakap dengan mak, diari. Segala kerinduan aku pada mak dan adik-adik kat kampung akhirnya aku lepas juga. Arghh.. lega rasa hati. Nak masuk kerja pun dah rasa bersemangat. Caiok la.
Tapi aku risau la diari. Mak semalam bila aku bercakap kat telefon mak batuk-batuk. Tak henti-henti batuk mak bila bercakap. Nafas mak pun dah tersekat-sekat. Aku takut la diari. Mak tu bila aku cakap pasal hospital mesti mak melenting. Ni la kali pertama mak begitu marah.
Mashitah cakap mak menangis. Bila aku tanya kenapa, Mashitah cakap tak tahu. Semalam mashitah bagun. Dia nampak mak tengah duduk di atas sejadah. Air mata mak banyak mengalir. Kenapa ek diari?
Hati aku dah seminggu dah tak tenang. Resah semacam jer. Sakit mak makin menjadi-jadi. Kalau jadi apa-apa kat mak macamana?
Hmm. Malam nanti aku nak telefon kat kampung lagi. Nak jugak pujuk mak supaya pergi hospital.
Mak mengamuk pun aku sanggup tadah teliga, janji mak dah tak sakit.

21 Mac 2012, Rabu 10’00 a.m
            “Bila mak dah tak ada nanti, mak nak Arman jaga adik-adik. Mak tak nak orang lain yang jaga diorang. Mak nak Man juga yang jaga. Mak nak anak-anak mak bersatu. Man, nanti bila mak dah tak ada, Man jaga elok-elok adik-adik tau. Bagi diorang pelajaran yang cukup.
            Man, nanti Man bawa adik-adik tinggal dengan Man ya! Mak tahu Man boleh jaga adik-adik. Man taknak kan buat mak tak tenang kat sana nanti.
            Man, semalam mak mimpi abah Man datang. Dia nak bawa mak ke satu tempat. Dia cakap dia akan tunggu mak Man! Wajah abah berseri-seri. Bila mak tanya abah nak bawa mak kemana, abah cakap rahsia. Nanti mak akan tahu juga.
            Mak cakap tak boleh, anak-anak macamana? Abah cakap tak apa. Tugas tu, Arman yang pikul. Abah dah bagi amanat pada dia. Wajah abah bercahaya Man. Abah tunggu mak. Mak pun rasa mak nak duduk dengan abah la. Mak pun dah rindu sangat dengan abah. Man ingat ya pesan mak. Jadi anak soleh dan ajar adik-adik jadi anak soleh. Mak tahu mak boleh buat!”
            Aku tersengguk-sengguk menangis di atas katil. Mak sama macam abah, suka sangat buat aku sedih. Mak agaknya memang nak tinggalkan kitorang diari. Kata- kata tu mak macam belati kau tahu diari. Menusuk hulu hati aku. hancur! Aku tak suka mak cakap macam tu. Mak buat aku rasa nak rebah! Aku tak nak diari!

23 mac 2012, Jumaat 2,00 a.m
Hancur luluh hati aku diari. Tepat jam pukul 10 malam tadi, mak disahkan meninggal dunia. Aku tak sempat nak minta maaf dekat mak. Aku terpaksa pergi  singapore untuk projek mega syarikat. Hati aku dari semalam rasa gelisah. Asyik teringatkan mak jer kat kampung. Semalam aku telefon mak, suara mak nampak ceria jer. Tak macam kebelakangan ni.
Mashitah  telefon aku pukul 10 malam tadi. Dia menangis teresak-esak. Bila aku tanya, dia cakap mak dah tak ada. Hancur hati aku diari. Hancur! Air mata aku tak henti-henti keluar. Terus aku pulang ke kampung. Nasib baik Dato memahami.
Aku sampai tadi mak dah dibawa ke bilik mayat. Adik-adikku semua menangis diari. Aku berlari peluk mereka.
 Mak Long ada di sebelah mak masa aku masuk bilik jenazah.
Rasa nak gugur ke bumi aku diari. Dunia aku dah gelap. Mak dah pergi dekat abah. Sampai hati mak tinggalkan aku dan adik-adik. Mata aku dah berair habis. Aku menghampiri mak.
Wajah mak ku tatap. Tenang wajah mak. Mesti mak tengah gembira sebab dapat jumpa abah.
Mak Long cakap, nak cium mak air mata tak boleh keluar. Nanti seksa mak. Aku dapat rasa roh mak masih lagi ada dekat sini. Aku lap air mata aku. aku rapatkan bibirku kepada mak. Bibirku menyentuh dahi mak. Sejuk! Lama aku cium mak. Kau nak tahu diari? Aku yang tengah berpeluh berkejaran tadi rasa macam duduk tempat salji.
 Mak ampunkan Arman mak, Arman tak sempat nak minta ampun kat mak.
Adik masuk dalam bilik. Mashitah pimpin tangan Usu. Usu meracau nakkan mak! Aku berlari mendapatkan Usu. Kemas aku peluk Usu. Air mata aku turut mengalir.
Pukul 12 malam tadi jenazah mak selamat dibawa pulang ke kampung. Penatnya diari. Bukan apa.. letih memujuk diri ini. Adik-adik sedang berduka mengapa aku juga harus tunjuk perkara yang sama?
Alang masuk bilik tak keluar-keluar. Ucu pula dalam riba Masyitah sambil memeluk baju mak. Aku bagi baju mak baru Ucu berhenti menangis diari. Naik lenguh aku memujuk Ucu ni.
Aku duduk di sisi mak. Orang kampung datang menziarahi. Tak putus putus mereka bagi kata semangat.
Mak, Man sayang mak. Cepat mak pergi. Tak bagitahu Arman pun. Arman janji mak. Arman akan jaga adik-adik. Moga mak ngan abah gembira di sana.

*******
“Assalamualaikum mak, abah. Kami datang jenguk mak dengan abah. Ni adik-adik semua datang mak. Ni Ucu, dah besar panjang mak. Dah masuk darjah satu dah.” Kami duduk di sisi pusara mak dan abah. Batu nisan mak aku usap lembut. Dah setahun mak pergi. Macam baru tadi kami menatap wajah mak dan abah.
“Mashitah, hampar tikar tu. Kita nak baca yaa siin ni.” Suruhku kepada adik keduaku. Dia hanya menurut. Di hampar tikar di atas tanah. Kami bersama-sama duduk di atas tikar.
Tikar yang mak buat dulu. Cantik sangat. Ada motif bunga. Maaf mak, kami guna untuk lawat mak dan abah ke kubur. Tikar ni juga la mak, yang kami guna untuk letak mak. Mak nampakkan? Tak ada yang menuntut tikar ni. Jadi kami guna la mak. Maaf sekali lagi mak. Anak mak memang suka main ambil jer barang.
Bacaan yaa siin bermula.
Mak, dah lama ya mak pergi. Mak dengan abah maca mana? Mesti gembirakan dapat bersatu kembali. Mak, Man dah tunaikan amanah abah. Adik-adik semuanya berjaya.
Abah, tengok Man. Sekarang Man dah ada rumah besar, kereta pun dah pakai marcedes. Ni semua abah yang ajarkan. Adik-adik pun selesa duduk di rumah tu. Terima kasih abah, kerana abah Man dah berjaya. Sayang abah.
Mak memang degil kan bah? Sakit pun dia tak bagi tahu kitorang. Masa man masuk bilik mayat, doktor cakap mak ada penyakit barah paru-paru. Sampaikan? Hati mak. Tak pernah pun cakap kat kitorang. Patutla mak batuk-batuk. Mak tak sayang kat kitorang tak bah?
Mak, selalu mak peluk kitorang kan. Tapi sekarang kitorang peluk batu nisan jer mak. Dulu mak sikat rambut kitorangkan? Sekarang kitorang cabut rumput di pusara mak.
Abah selalu bawa pulang buah dari dusunkan untuk kitorang? Sekarang kami bawa air mawar untuk abah. Wangi bau ni bah...
Mak nampak tak tu? Tangan Angah luka. Tertumpah minyak panas sewaktu nak goreng ikan. Nasib baik tak ada apa-apa. Kalau mak masih ada,mesti mak dah bising kan? Mak ingat tak, dulu mak melenting bila Man ajak pergi hospital. Sekarang mak tengok? Angah sama macam mak. Degil! Apa orang kata, tak ke mana kuah kalau tak ke nasi.
Mak, mak. Best kan dulu. Mak selalu bawa kitorang jalan-jalan kawasan sawah. Best. Abah buat wau, pastu pakat ramai-ramai main kat sawah. Masa tu la keluarga kita berkumpul bila Man balik dari universiti.
Sekarang dah lain mak. Kitorang dah duduk kat bandar. Dah tak ada sawah. Yang ada hanya bangunan pencakar langit. Rumah kat kampung tu, mak jangan bimbang. Kitorang selalu jenguk.
Mak tak ambil hatikan? Bukan apa mak, rumah tu banyak kenangan. Bila adik-adik balik kampung, mesti wajah mereka murung. Angah ngan Alang mesti berkurung dalam bilik. Buat apa lagi kalau bukan menangis mak. Man pun nak nagis jugak bila tengok rumah tu. Mesti wajah mak dan abah ada dalam rumah tu.
Kitorang akan menetap kat kampung mak. Bila adik-adik dah dapat terima kenyataan yang mak dan abah dah tak ada. Mak jangan bimbang ya! Abah pun sama.
Mak, kami sayang mak. Nanti man datang lagi dengan adik-adik. kami nak ke rumah Pak Long ni. Buat kenduri kahwin anak Pak Long. Kami pergi dulu yer mak! Sayang mak. Sayang abah! Insya Allah, anak mak pun akan kahwin nanti. Abah pasti dapat cucu yang comel la bah. Mesti abah dengan mak gembira. Nanti Man bawakan untuk mak dan abah ya! Tunggu Man!


2 comments:

  1. tersentuh hati kecil ni terharu menarik...karya ni,kasih sayang ibubapa tiada tandingan kasih anak jadi anak solehan.

    ReplyDelete
  2. annoy: betul tu, kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah dikenang sepanjang hayat.

    ReplyDelete

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023